Monday 5 May 2014

STPM Modular.


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
Malaysia Boleh!

HAHA. just look what PLKN had done to me, Salam 1 Malaysia je kena sahut balik Malaysia Boleh! semangat kannn. :D

hari ni tergerak je hati nak post pasai STPM. HAHA. sebabnya ramai yang musykil sistem baharu STPM kali nih. aku tahu ramai puak 94/95 lemas nak jawap soklan yang berkaitan dgn STPM nih kan. contohnya awalnya ko exam? aik cepatnya result keluar? oi result trial ko dapat ape? ko kalau nak jawap soklan cenggini confirm ko kena bukak kedai kopi tengah jalan kan. A-Z. HAHAHA. aku pon berbuih nak cerita kat orang, sampai jurulatih aku tanya "oi wirawati  trial STPM ko dapat berapa ha?" aku pon macam buatpe nak tanya trial. so aku malas nak jawap aku cakap lah aku dapat 3.83. padahal tu result semester 3, aku manada amek trial. HAHA. sekali nak kelentong jurulatih, dia kencing aku balek, "tu result sem berapa tuh?" LALALA. padan la muke kau Patengg. HAHAA. 

korang tak paham kan? sejak bila tah STPM bersemester bagai nih. dahtu macam mana ko leh amek STPM kalau takde trial..........................

Untuk pengetahuan semua pelaksanaan modul baharu STPM pertama kali dilaksanakan pada tahun 2012. 

------  ok nak permudahkan bagi korang paham, dulu2 korang ingat STPM pon cara pelaksanaan dia sama macam SPM jugakkan. exam hujung tahun. result pon keluar sama bulan dgn result SPM. tu namanya sistem Terminal STPM. start batch haku dah jadi sistem Modular STPM. Sistem Modular ni ikut stail kolej dah. Terbahagi kepada 3 Penggal. tapi kami panggil semester. ekeke. Selalunya bebudak Form 6 yang mendaftar ni masuk sekolah balik dalam bulan Mei macam tu kan. So dorang ni dalam sem 1.

so tiap-tiap semester ada exam. dan result yang kami dapat daripada ketiga-tiga semester tu akan dicampurkan markahnya maka itulah keputusan STPM kami yang sebenar.  HAHA. simple k simple. 

pernah dengar PBS? ataupun sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah? alah, adik2 korang yang sekolah tu hah tak terlepas dari PBS. dari Form 1-Form 6 pun kena. HAHAHA. PBS ni kira penyelamat kepada pointer korang. contoh BM dapat B+, tapi markah PBS tiptop maka gred BM  naik kepada gred A. tapi 10% je pun boleh ubah pointer korang. ape je PBS nih? kalau dah masuk Form 6 benda ni paling menguji kesabaran! jujurnya aku sampai menangis buat PBS nih!

setiap subjek ada PBS ataupun bahasa universitinya, assignment la kononnye. buat kajian outdoor, soal selidik, pengumpulan maklumat then semua tu kalau dah settle korang kena present kt depan cikgu, macam aku haritu nasib tak baik, PBS Sejarah present depan orang2 majlis. masa tu segala air dalam badan keluar. aku kena hentam tiaw2 baik punyerrrr. HAHA.

nasihat aku yg nak sambung belajar Form 6 nih, sapa malas tu gasaklah. HAHA. perangai malas aku start sem 2 lagi, result jatuh merundum terduduk terus! terpaksa repeat balik paper Sejarah. padan muke. mana-mana subjek yang flop boleh ler repeat. RM50 untuk satu subjek. kalau empat subjek flop ko kire la berapa. sayang duit bukan? teheee.

hasil tungkus lumus aku selama setahun setengah,
Alhamdulillah. :D
kite share sama-sama ye. HEHEHE.

P/S: kredit kepada sahabat yang sudi hulur bantuan kt aku time susah senang. Terima kasih banyaklah kt Umi dan Seau Tong groupmate bg PBS BM, Bad dan Hazani nahh untuk PBS Seni Visual. sanggup datang rumah lagi tolong aku siapkan PBS. korang memang terbayekk! <3 <3 <3

Wednesday 30 April 2014

Pena ex- Celoreng Biru

Assalamualaikum evelibodi,

aku dah start berblogging, yeah I'm so glad. bukan senang nak dapat mood update entry ni, ambik masa berbulan-bulan okeh! means aku nih blogger yang pemalas! nuff said.

well mukaddimah untuk tahun 2014 ni nak cerita lah pengalaman kat PLKN. HAHA. sebabkan aku nih calon penangguhan, lepas settle STPM terus apply ke JLKN. makanya kem yang aku dapat pon tersangatlah dekat dengan rumah. Kem PLKN Bidor . Tapah-Bidor less than 10 minutes je. ikutkan hati nak drive sendiri pergi sana, tapi berkarat je kete tu nanti. pilu woi. sudahnya mak aku yang hantar. eh eh macam adik nak pegi sekolah je. 1st day lagi dah terkono dengan jurulatih! Awak dari mana? and me, Tapah.. mostly reaction muka dorang macam ekelehh Tapah jer. HAHA. 

kat sini ada 4 buah kompeni, Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. nama kompeni ikut military alphabet. Tapi nanti aku nak suggestkan, why not those yg emcees tu tubuhkan lagi satu kompeni, kompeni Zulu! sounds brilliant kan. ok meraban. so aku berada di kompeni A-L-P-H-A. Alpha juara untuk kumpulan ni! Kumpulan 1 Siri 11/2014, and yeah dah kena cop batch budak nakal oleh warga kem. hahaha. banyak buat rekod bebudak nih. enough said. banyak aktiviti yang best kt kem, tapi aku tak join 100%, kekangan kesihatan kononnya~

life kt sini lain sikit, bangun pukul 5 pagi. bagi aku normal je tuh as muslim kan solat subuh. habis solat subuh jemaah terus gerak ke Padang Kawad untuk PT Pagi. dalam pukul 6.30 lagi dah pacak nyanyi lagu Negaraku, lagu Khidmat Negara. lagu wajib kt PLKN, 1 Malaysia then menari lagu 1M4U. Ya Allah, rindu semua tu. ;(  Kekadang ada aktiviti senamrobik, terbelit urat saraf. HAHA. lagu senamrobik paling femes kt kem, lagu Norkumalasari. Selamat Pagi Sayang~ habis je PT Pagi, kami masuk kelas. aku ingat school life aku tamat dah, tapi kelas kt PLKN macam relax dan tak berat sangat. belajar main bola jugel sampai muntah. tu kelas Pembinaan Karakter, kelas PK4 conducted by Cikgu Devi dan Cikgu Mizie. Seriously happening kelas nih.. tapi bila masuk kelas Kenegaraan semuanya bertukar. aku masuk kelas KN6, kelabu habis! bebudak pon tak supporting macam geng PK4, ajak main galah panjang semua taknak! HAHA.

Waktu petang pulak start pukul 2 macam tu biasanya untuk aktiviti fizikal~ and yes ni lah penyebab utama kami jadi hitam. hehe. lepas solat Zohor terus ke Padang Kawad untuk aktiviti kawad kaki. takyah cakap panas dia macam mana, nak pulak batch kami waktu tu memang tengah musim panas. muka semua overtanned tapi berbaloi sebab berat badan pon boleh turun. tak tipu. heee. selain kawad kaki, ada Kembara Halangan. yang selalu korang tengok panjat tembok, merangkak kat pasir, bergayut macam tarzan. teheee. aku rasa susut 5 kilo kat situ je. berbaloilah sapa yang bercita-cita nak kurus tu. heeee~
Aktiviti fizikal yg len macam TTS ataupun tempur tanpa senjata ada la buat latihan dalam 2 kali. belajar basic taekwando je.

aktiviti tali tinggi paling sinonim lah dgn PLKN. tapi aku cuma join repelling je. pandai2 la korang repelling tu menda, yang pasti aku tak dapat join flying fox! tengok dorang berflying fox dari tingkap medik je. sumpah dengki gila masa tu. HAHA. aktiviti menembak pon tak dapat, cuma sempat jadi model M-16 je, terkilan weh tak dapat main senapang. kena tahan dengan geng medik. demam, BP naik, punca bp naik taktau lah. macam kelakar pon hade. macam2 assumption kena kat aku, kononnya stress ler, tension, tersalah makan lahh. HAHAHA.

Malam pulak ada roll call! Setiap hari tak pernah missed roll call. tak ada ape yg menarik pun. Dengar taklimat untuk preparation hari esok jer. In fact benda paling bosan kt PLKN. nak lapor kekuatan dorm by dorm dalam position baris sedia, siap mandi peluh lagi. -___-  yang ni pulak dugaan paling hebat dalam hidup. HAHA. nak gempak aje kan. kejadian ni 1st time jugak lah berlaku kt aku. pernah dekat sebulan suara aku hilang kt kem. boleh dikatakan batuk ni berjangkit satu kem. aku yang paling teruk kot sebab suara aku hilang terus. nak communicate dengan jurulatih sampai kena tulis kt buku. HUKHUK

pengalaman kat medik pulak lain ceritanya, aku ni boleh dikatakan budak medik. selalu keluar kem. kalau sape budak dorm yang sakit, satu geng pakat seret budak tu ke medik. caring gile bebudak dorm aku kan. punca kompeni Alpha menang kerjasama kumpulan terbaik. berkomplot je keje! HAHA. tapi aku takde la sampai kene seret, mmg volunteer datang medik lapor sakit. huhu. kena demam panas 39 degree. terus masuk wad kat hospital Tapah. HAHA. padan muke. aku dah cuak kot kena tahan wad tp Alhamdulillah, suhu turun balik 37. nak kena keluar kem rupanya baru sihat balik. ;P batuk pon datang medik tapi cadangnye nak amek ubat, tapi taraaa~ dapat emcee! -___- mana taknya suara pon dah hilang. sekali medical assistant tahan soh cek BP. . keluar kem lagi buat appointment kt klinik. tak cukup apppointment kat klinik, selang sehari datang medik cek darah. pfft.

okey sambung balik aktiviti kt kem, ex-Wirajaya ataupun aktiviti ikhtiar hidup. kira macam survival camping, tapi aku rasa tak survival mana pun, malam-malam kat kem dah tibai mee rebus dengan air bandung dulu. tak cukup dengan tu pasar malam pon ada. jurulatih dengan staf yang lain semua rewang kat kem masak-masak. aktiviti waktu malam pon best jugak, setiap kompeni diberi task lakonkan apa2 watak yang diberi jurulatih, aktiviti mencari dan menyelamat, etc. tp rules untuk Wirajaya selagi tak tamat ex Wirajaya selagi tu la pakai full celoreng, hazab jugak la pakai full loreng satu hari satu malam tido dalam khemah pakai spike boot. lemas kaki. tapi sadis sungguh kumpulan 1 tahun ni, berkhemah kat belakang dorm je. HAHAHA. tak boleh blah. tapi aku suka, barang-barang tak payah bawak banyak sgt, anytime leh masuk dorm.

satu lagi pengalaman misteri sepanjang berada kt kem, dalam khemah kira-kira pukul 3 pagi lagi aku dah terjaga sampai lah dengar announcement utk bangkit solat subuh. takleh pejam mata, rasa macam tin sardin dok dalam tu. tapi mata nih terpandang ler tingkap kat pejabat yang mengadap khemah kami. langsir tu leh plak main bukak tutup bukak tutup.. meremang jugak, tapi lama2 dok usha ah sudah. HAHA. mungkin kipas tak tutup kt pejabat tu. tapi cara selak langsir tu macam bukan tenaga kipas angin je.. ok habis!

kenangan yang manis2 pulak, program Khidmat Komuniti kt Kampung Degong, Teluk Intan. familiar jugak dengan tempat nih. lepak Lubuk Degong! Oh memang taklah tu kat bido.. hewhew... khidmat komuniti macam aktiviti gotong royong kawasan kampung. tapi aku diberi tugas bersihkan kawasan rumah kampung. mmg best lah. suasana kampung sgt. tenang gila. lepas habis clearkan tempat tu, opah tu ajak masuk sembang2 sambil tunggu bas PLKN datang. rindu opah tu, rindu kampung tu dan rindu segala-galanya. ;( rasanya tu lah aktiviti terakhir sebelum tamat latihan. save the best for the last. memang mengena sangatlah.

dah habis tamat latihan rasa sedih lagi, nyanyi lagu zamboga for the last time. ahaha. i cried... a lot! Malam sebelum nak balik ada majlis bertemakan Jeans Nite. last moment kami kat Nilam Ehsan, startnya lepas solat isyak sampai pukul 2 pagi. HAHA. esoknya nak balik semua mata sebam2, bukan tak cukup tido tapi nangis je keje! sebab  nak balik dah kan. tapi sempat lagi nak balik tu singgah medik hantar tag excuse physical. padahal  waktu aktiviti fizikal aku sorok tag tu and acted like nothing happen. err. mintak maaf sangat2.. :( dah selesai ke pejabat untuk urusan pergerakan balik, maka aku pon terus pergi... tehee.. InsyaAllah ada rezeki boleh join briged. berkesempatan masuk kem lagi. ;)











Sunday 10 March 2013

Utaghaa ke Selatan


Hai engkorang semua !
aku de bawak cerita nie..
cerita dari Johor ekk..
kih3..

jujur tak perli tapi aku detect orang Johor memang
suka cakap ek..ek ek..kenapa ek??? hahaha
ni pengalaman yang aku bawak dari Johor tiga minggu yang lepas.

citenya aku pergi trip dengan mak haku. 
kirenya ikut rombongan kengkawan mak aku.
kebas bontot wui dari Perak ke Johor.
Johor tu kemana-mana dah, ke tempat paling selatan kt benua Asia,
T-A-N-J-U-N-G  P-I-A-I
memang hujung dunia katenya.
terbaikk !

kami bertolak dari Tapah, termasuk berhenti kat RnR tiap2 negeri
sampai la ke Tanjung Piai makan masa 10 jam.
kadang-kadang terlena, tapi tak leh nak tutup mata. 
excited punya pasai.

bila sampai Tanjung Piai mood pon dh swing.
ate mangkor kemain dok dalam bas berejam-jam.

masuk je resort jumpa beruk/monyet tengah makan limau.
then minum petang dahtu checked in.

aku dengan mak aku dapat chalet Laman Bonda..
nombor bilik ni aku takkan lupa ah.
LB213
ekekeke. 
sebabnya bilik aku ni memang mengadap laut sepenuhnya..
dari jauh boleh nampak Jurong, Singapura..




lip lap lip lap tulah Singapura ye. 
aku pon ape lagi dok canang member2 kt Tapah
rasa dekat je...boleh berenang..
ikan todak menanti. hehehehe


view memang tak clear.
harapkan ihsan nokia c3-00. keh3

tapi scenery sebenarnya sangat sangat sangat CANTIK..!
kalo nak tengok singapura tunggu waktu malam..
kalau siang nampak kapal je..uhuks

esok pulak singgah Ayer Hitam..
Ayer Hitam ni bagi aku tempat orang bukan Johor je shopping kat sini.
paling femes kat Ayer Hitam adalah putu bumbu. ekeke.
mak aku la yang beli banyak bawak makan dalam bas,
aku pulak nyelak baju2 kt sebuah kedai di Ayer Hitam.


last destination kat Johor adalah Tangkak.
Tangkak destinasi shopping kain tak hengat dunia kat Malaysia.


aku ingat lagi sampai je RnR Machap, banyak student sane pakai jersey JDT dorang.
semart doh.
haha. tapi niat tak kesampaian nihh.
yang ade jual kain-kain ela...
yang aku pelik tu bila nak cari kain lace yang tak berkaki pon tak jumpa kat sini
xdak rezeki...huhuhu

okey la eh. dalam banyak2 lokasi kat Johor yang aku dah pegi..
aku rasa Tanjung Piai yang paling terasa dalam hati..
huhuhu.
aku rindu laut kat sana sebenarnya..
rase rindu laut ni sangat lain drp rindu kt orang..
apetah lagi tempatnya memang cantek..

aku harap dapat le jejakkan kaki kat sini lagi..
kot2 de rezeki habes exam stp ni ke
InsyaAllah
:)




nineteen.



Assalamualaikum semua !
aku dah sembilan belas. hahaha.
kesah. yelaaa.

baiklah..
kali ni nak cerita about my studies..
pehlamak..masuk semester 2 ni makin menggeribut hidup.
mana nak settlekan mini tesis lagi, teori study, and etc..
aku pikir sistem modular STPM baru ni lebih pening daripada sistem terminal.
masa yang dia bagi ade la dalam 5 bulan macam tu.

waktu busy2 macam ni la timbulnya rasa malas yang meluap-luap dalam diri...
tapi aku ni jenis bekerja atas tekanan.
last minute baru push segalanya.
HAHAHA nampak....
( sila jangan contohi aku)

okey.
mungkin aku jarang update blog lepasni.
nak hupdate pemenda je,
kerja sekolah tak update2 lagi!
hehhh!













Monday 9 July 2012

Dalam Kenangan




Source : Nurul Syafiqah Sufian



setiap gambar ada lagu~ bak kate Yuna. tp kate aku setiap gambar ade gosip memasing. *boo* ni zaman blackberry. so 2009. motif aku keluarkan gambo ni sebab aku suke tgk aku yg kurus, putih, kiut. tuihhhhhh. actually, aku bahagia gile ade dorg ni. hari2 jumpa, hari2 tepuk tampar, hari2 sembang kencang. here..barisan kedua, dua dari kiri- Wahida, aku, Amirah dan Syafiqah. -k- -bye-